Wednesday, April 15, 2015

Kisah Mulut & Telinga Tetik Angah

30.3.15


Khamis (26.3.15) haritu aku bawak angah gi HUKM. Appt kat Klinik Bedah Mulut. Tp memula tu pegi bukan sebab mulut. Tp doc nk tunjukkan telinga palsu yg terbaru. Murah & praktikal guna. Boleh lekat guna gam aje bila nk pakai. Murah lak tu. Lembut je, tak mcm telinga palsu yg Angah ada skang ni. Keras kentung. Bila dah bincang2 dgn doc, kami ingat nk buat lps Angah abis UPSR nnt. Dah alang2 ada kt klinik tu, aku tanyekan skali pasal molot angah. Kat bibir bawah dia ada tumbuh isi. Rupanya doc kata benda tu jadi sebab kelenjar air liur. Asalnya ulser, tp Angah suka gigit2 main2 bibir dia tu sampai jadi gitu. Terkena urat. Memula tu aku mintak doc buatkan surat refer ke hosp selayang je. Senang apa2 buat kt sana sbb dekat dgn umah. Dari rawang nk ke HUKM pepagi giler azab wei. jemmmm. huhu. Tapi rezeki Angah, doc kata dia boleh tolong buangkan haritu jugak terus. Syukur Alhamdullilah. Baik sgt2 layanan doktor2 & misi2 kt sana. Kene tunggu lama la skit sebab kene uruskan patient lain dulu. 

Untung jugak sebab Angah ada kad OKU. Harga nk buang ketulan tu guna laser misi tu ckp dlm seribu lebih. Tp sebab Angah ada kad OKU, procedure tu free aje ^_____^ Alhamdullilah...



selpie dulu.
aku camni le, bila amik gmbr je pinjam enpon si kaman. pastu jenoh la nk wassap blk semua gmbr yg aku nak. yelah, enpon aku enpon cabok. budak skolah pon takmo guna. gambar sendu kelabu asap. huhu...
sedih tak? sedih tak? haha...

UPSR dah Angah tahun ni...


tengok mak ko sampai tetido mencium dinding tunggu turn ko Ngah.. :P


besar gak isi yg tumbuh tu. ni bukan kat lidah tau. ni kat bibir bawah


doc guna kaedah laser. berasap2 kt area molot angah tu. lps buat, aku tanyelah angah..takde bau apa2 ke? dia kata ada. bau sedap mcm kt pasar malam katanya. Nak oii! tu bau isi ko hangit la ngah. hahaha...

siap dah jahit
Lega dah selamat buang isi tu..lps siap kt Klinik Bedah Mulut tu..kami ke ENT pulak. Masa tu dah kul 2. Aku tak tau lak klinik lps pukul 2 takde doc. Kene panggil la doc on call. Alhamdullilah jugak..rezeki Angah, takyah tunggu lelama nk doc2 tu turun. Yelah, mcm kes angah ni dowang mmg amik perhatian sungguh. Angah kan kanak2 microtia. Dowang mmg create macam2 utk kesenangan kanak2 ni. Mcm Angah ni ok lagi sebab pompuan, boleh sarung tudung. Kalau lelaki? dowang akan pastikan yg anak2 ni selesa. Createkan telinga palsu & alat pendengaran :)

Angah tgh dengar apa yg doc explain. Telinga dia 1st time kene infection kat tmpt alat pendengaran Baha tu. rasanya sebab dah tak guna, tu yg bengkak bernanah tu. Baha tu rosak pulak. huhu..nak hantar gi repair makan kos ribu2 :( kesian Angah. Sabar ye, cukup duit nnt mama hantar repair. 

Disebabkan area tu bengkak sgt..doc on antibiotik dulu seminggu ni. Rabu nnt kene dtg balik, doc akan buang kulit kepala yg dah naik atas skru. kene tunggu bengkak tu kurang dulu. 


biasanya tmpt skru yg belah depan (telinga pelsu) tu yg kene infection. tp kejap je. Aku cuci, letak ubat..esoknye tu dah ok. Tp ni pestime kene yg kat skru belakang (baha), teruk pulak kali ni. Aku cuci pon camtu jugak. Makin teruk adalah. Sian dia..

Haritu lps ubat bius kt mulut ilang, nanges gak dia tak tahan sakit. Aku belikan eskem, bagi tersentuh sejuk2 tu baru ok skit. Takpe, mama tau Angah anak yg kuat. Angah kene kuat mcm mama jugak tau sayang..
^______^





No comments:

Post a Comment